Tuesday, November 19, 2019

🌿 Tazkirah Selasa 🌿





Orang Mukmin Akan Mendahulukan Amalan Yang Lebih Utama

SETIAP amalan kebaikan atau kejahatan manusia walaupun sebesar zarrah akan dihitung atau dihisab oleh Allah SWT dihari akhirat.

Setiap amalan wajib perlu diberi keutamaan terlebih dahulu daripada amalan sunat. Setelah selepas sempurna yang wajib maka lakukan yang sunat sebanyak yang boleh

Kemudian tinggalkan yang haram lepas itu yang syubhat dan yang makruh. Kerana Allah SWT memerentahkan untuk meninggalkannya perkara dosa dan maksiat

Terdapat satu hadis yang berbunyi ;

Daripada Abu Zar r.a katanya, “Aku bertanya Rasulullah SAW : “ Manakah satu amalan lebih utama?”

Baginda bersabda: “ Beriman di jalan Allah dan berjihad di jalan-Nya.

Aku bertanya lagi : “ Memerdekakan hamba yang manakah yang lebih utama?

Baginda bersabda : “ Yang lebih mahal harganya dan yang lebih bernilai di sisi pemiliknya.”

Abu Zar bertanya lagi : “ Jika saya tidak dapat melakukannya?”

Baginda bersabda : “ Engkau menolong orang yang berbuat atau engkau melakukan untuk orang yang tidak dapat berbuat.

Abu Zar bertanya lagi : “Jika saya tidak dapat berbuat?”

Sabda baginda : “ Engkau menjauhkan orang dari kejahatan kerana ia satu sedekah yang engkau bersedekah ke atas diri mu.”

(Hadis Riwayat Bukahri dan Muslim)

Ringkasan daripada hadis diatas iaitu :

1. Beriman kepada jalan Allah

2. Berjihad dijalan Allah

3. Memerdekakan hamba yang paling mahal

4. Menolong orang yang melakukan kebaikan

5. Melakukan kebaikan untuk orang yang tidak dapat melakukannya

6. Menjauhkan orang daripada kejahatan ini akan mendapat pahala sedekah

Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. akan kita perolehi

Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadis di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya.

Perkara ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada nafsu dan syaitan laknatullah.

Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan.

Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah SWT sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk (neraka).

🥦 Wassalam 🥦
Makmum Sundari
Pertubuhan Suara Prihatin Malaysia



No comments:

Post a Comment

Hai,..
Tinggalkan komen anda di sini,..
Sudi,Datang Lagi,..
Terima Kasih,..

Follow Us @soratemplates