1. Garang
Melampau
- Garang boleh tapi jangan sampai tahap bengis ( fierce ).
Anak yang ada ibubapa yang bengis ni akan mati sifat inovatif dan kreatifnya
kerana setiap kali si anak ni nak buat idea baru yang terlintas di fikiran,
mereka akan diselubungi ketakutan. Yela, asyik kena tengking je bila nak buat
benda yang 'pelik' di mata mak ayahnya.
2. Terlalu Ego
- Kadang-kadang akan ada waktunya si anak kita tu buat benda
betul tapi disebabkan ego kita yang selangit tinggi ni buat kita rasa nak hukum
juga si anak tu! Contohnya anak tegur kita tak solat lagi, kita pulak pergi
pukul si anak tu kononnya biadap dengan orang tua. Akhirnya sistem judgment
anak kita jadi tak seimbang, dah tak reti nak bezakan baik dan buruk.
3. Pendengar
Yang Teruk
- Tanpa kita sedar bila dah lama jadi mak ayah ni kita ingat
ilmu parenting paling terbaik adalah kena perbetulkan dan tegur si anak. Jadi
kita cuba sedaya la tegur perangai buruk anak tanpa kita tahu pun bahawa
kebanyakan anak ni bertindak liar sebab kita tak pandai mendengar luahan hati
mereka. Jadi mereka bertindak liar sebab nak tarik perhatian kita dan supaya
kita dengar rintihan hati mereka.
4. Terlalu
Sibuk
- Antara 5 Language Of Love yang diketengahkan oleh Dr Gary
Chapman adalah Quality Time. Kadang-kadang kita tak sedar walaupun dah 10 jam
kita bersama anak tapi kita sebenarnya dikira SIBUK juga bila perhatian kita
pada anak cuma 10 minit je. Yela, 10 minit je eye contact kita pada mata si
anak, selebihnya screen-contact dengan handphone dan TV. Anak kat tepi akhirnya
jadi tunggul dan ditinggal sepi tak diperhati.
5. Lupa Nak
Jadi Role Model
- Di awal perkembangan anak, mereka akan cari seseorang
untuk ditiru. Mula-mula si anak akan tiru cara senyum kita, mimik muka kita,
gaya berjalan kita hingga akhirnya dia akan cuba juga meniru akidah dan
perbuatan kita. Itulah kekuatan Mirror Neuron. Tanpa kita sedar segala
keburukan kita pun si anak kita TIRU TANPA KITA SEDAR! Kita suka minum manis,
anak kita tiru. Kita suka cakap kotor anak kita pun guna perkataan kotor tu di
sekolah dan jangan pelik kalau kita layan pasangan kita dengan teruk, anak kita
pun turut sama layan pasangan hidupnya dengan teruk bila dah menikah nanti!
Sumber:Taufiq Razif
p/s : Jom belajar ilmu parenting yang sangat penting secara
percuma di Telegram Taufiq Razif. Install Telegram dan klik link ni
t.me/NotaTaufiqRazif.
No comments:
Post a Comment
Hai,..
Tinggalkan komen anda di sini,..
Sudi,Datang Lagi,..
Terima Kasih,..