Saturday, February 3, 2018

Kena tahu ilmu ini bila anak kecil kita selsema

Related image

Tidak kira lah,musim hujan atau musim panas,.Salah satu penyakit yang sering menyerang  adalah Selsema

Selsema disebabkan oleh jangkitan virus, dan tidak memerlukan ubat Antibiotik,serta ubat-ubatan lain,termasuklah suplemen.Sebab selsema ini boleh sembuh dengan sendirinya,.
Bahaya anak bawah umur 2 tahun ni kalau bagi ubat selsema,Ada sesetengah ubat selsema tu boleh menyebabkan anak di bawah umur 2 tahun berhenti bernafas (Apnea).kata Dr Taufiq Razif.

Jadi apa nak buat,??
PERTAMA,:-
       Tengok dulu hingusnya.Kalau hingusnya kental dan berwarna serta demam tinggi,mungkin penyebabnya adalah Bakteria.Haa,yang nie boleh je bawa jumpa doktor.
KEDUA,:-
        Kalau hingusnya jernih dan tidak demam.Ini mungkin disebabkan oleh Virus.Selesma yang disebabkan oleh virus nie memang akan sembuh sendiri,Tapi selsema nie memang akan buat anak meragam sebab hidungnya tersumbat dan susah untuk bernafas.

Ini tips dan cara mudah supaya hidung anak kita Kurang Tersumbat dan anak boleh bernafas dengan Lebih Lega.

  • Elakkan anak terdedah kepada suhu yang sejuk.

 Suhu yang sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat dan susah untuk bernafas.
  • Masak sup ayam pada anak.
Sup ayam terbukti boleh mengurangkan hidung tersumbat.Biasanya anak akan meragam sebab dua-dua belah hidung tersumbat.Dia nak bagitau tak pandai lagi,tu yang dia meragam kalau selsema.

  • Hirisan Bawang Merah.
Cara tradisional yang sering digunakan nenek dan atuk kerana bawang adalah tumbuhan yang mampu menyerap virus sehingga menjadikan ia sesuai sebagai ubat yang menyembuhkan selsema.
  Bawang Merah,:- Hiris bawang merah,letakkan dalam bekas,kemudian letakkan di sudut bilik di mana tempat anak kita berehat.
  Bawang Putih,:- Bakar dan hancurkan bawang putih dalam 2 hingga 3 ulas dan gabungkan dengan minyak zaitun atau baby oil,Kemudian sapu pada bahagian badan seperti perut,dada,belakang,sendi tangan dan kaki.

  • Mandian Lemon dan Bernafas dalam wap air panas.
Hiris 2 hingga 3 biji lemon,kemudian masukkan dalam besen dan tuangkan air panas.Sementara nak tunggu air panas tadi suam,bagi anak hirup wap panas dari hirisan lemon tadi.Ternyata wap dari hirisan lemon mampu melegakan hidung tersumbat.Perlu lebih berhati-hati untuk melakukannya,Jangan sampai anak terkena air panas.

Dah tahu nie boleh la amalkan pada anak masing-masing,.

No comments:

Post a Comment

Hai,..
Tinggalkan komen anda di sini,..
Sudi,Datang Lagi,..
Terima Kasih,..

Follow Us @soratemplates