Daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al-HAmid
Sayyidina Umar Bin Khattab r.a mengatakan,;-
"Kalau Allah berikan kepada saya menerima musibah itu..yakni,redha ketika menghadapi musibah "..musibah itu saya anggap sebagai nikmat..kerana ramai daripada manusia tidak mahu untuk redha dengan musibah tersebut"
Dan satu hari Baginda Rasulullah SAW lalu di sebuah
kubur,nampak seorang ibu yang menangisi anaknya yang baru meninggal dunia dan
dikebumikan.
maka kata Baginda Rasulullah SAW bersabda ;-
"Wahai hamba Allah,bersabarlah kamu dan mintalah ganjaran daripada Allah akan musibah yang menimpa kamu.."
Perempuan itu mengatakan ;-
"Kamu pergi saja.Sesungguhnya kamu tak boleh rasa apa yang aku rasa."
Perempuan itu tak tahu kalau yang menegur itu adalah
Rasulullah SAW..Maka Nabi melihat perempuan ini terlalu sedih,.Maka Nabi
tidak kacau,Nabi SAW tinggalkan setelah ditegur..
Setelah dimaklumkan oleh salah seorang sahabat kepada wanita
itu bahawa yang menegur tadi adalah Rasulullah SAW,.wanita itu jumpa lagi dengan
Nabi SAW dan memohon maaf serta memberitahukan kalau dia tidak tahu yang tegur
tadi adalah Rasulullah SAW..
Kata Nabi SAW bersabda
"Sesungguhnya kesabaran seseorang itu,ketika kali pertama dia dapat musibah,.di situlah dia mesti menunjukkan sikap sabarnya" bukan kalau sudah berlalu."
ketika saat itu dia dapat musibah,maka pada waktu itu dia
menunjukkan sikap sabarnya.Kalau suda reda,sudah sejuk baru dia sabar..
"okay lah,aku sabar.."
dah sejuk dah,..dah berlalu dah,..
bukan itu yang dikatakan sabar,....
kalau orang yang tak sabar pun juga dengan berlalunya masalah
yang menimpa kepada dia, lama-lama dia akan menjadi biasa,..
Tapi sikap sabar adalah ketika mula-mula dia mendapatkan
musibah, dan disitulah dia perlu menampilkan sikap sabar,..
Itulah Sabar yang Sebenar,..Wallahu a’lam
Itulah Sabar yang Sebenar,..Wallahu a’lam
alhamdulillah
ReplyDeletebagus entry ini
dapat buat yang membaca muhasabah :)
Untuk Muhasabahkan diri sendiri nie :-)
Delete